Wednesday 5 September 2012

Tahlil dan Talkin

MUKADIMAH

PERBINCANGAN mengenai mazhab di negara ini sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Sebarang cubaan memperkenal atau memperbetulkan perkara yang sejak turun-temurun diamalkan mempunyai risiko yang besar.
Begitulah yang berlaku kepada Perlis. Sebuah negeri paling kecil di Semenanjung Malaysia tetapi sering mendahului dalam segi membuat tajdid (pembaharuan) terutama dalam bab munakahat.
Ini bukanlah sesuatu yang asing memandangkan kedudukannya sebagai negeri paling hujung di utara semenanjung menjadikan ia persinggahan kepada pasangan yang mahu bernikah di sempadan Thailand. Ini menyebabkan Perlis meminda beberapa enakmen syariah bagi memudahkan pasangan berkahwin di negeri ini untuk membendung pernikahan di negara jiran.

Dalam masa yang sama, Perlis juga unik kerana tidak mempraktikkan beberapa amalan yang sudah sebati dengan masyarakat bermazhab Syafii di kebanyakan negeri. Antaranya, tidak membaca bismillah secara jahar (kuat) pada al-fatihah, tidak membaca qunut pada solat subuh, tidak ada tahlil dan talkin. Perbezaan ini menyebabkan ada pihak menuduh Perlis mengamalkan fahaman wahhabi.

MINGGUAN: Tuduhan yang acapkali kedengaran ialah Perlis mengamalkan fahaman wahhabi. Adakah ia berasas Datuk Seri? 

SHAHIDAN: Pasal Wahhabi ini, ia hanya diuar-uarkan oleh dua pihak. Kami di Perlis tidak tahu-menahu bahawa kami wahhabi. Yang kami tahu kami Ahli Sunah waljamaah dari segi akidahnya dan dalam fikah kami tidak terikat dengan hanya satu mazhab.
Dalam erti kata lain, kami bersifat terbuka mengambil manfaat ilmu daripada semua tokoh Ahli Sunah waljamaah tanpa taksub kepada satu-satu mazhab. Kami hormati kesarjanaan dan keilmuan semua tokoh ulama. Ini yang dituntut dalam Islam
Oleh itu, saya ingin bertanya apakah fahaman wahhabi itu? Adakah ia sesat dan terkeluar daripada Ahli Sunah waljamaah?
Masyarakat Islam di Malaysia jangan jumud, cubalah berfikiran terbuka. Wahhabi ini diasaskan oleh Imam Muhammad Abdul wahab at-Tamimi (1703-1791M) yang lahir di Uyaynah, utara Riyadh, Arab Saudi.

Beliau adalah ulama yang berpegang kepada aliran Imam Ahmad Ibn Hanbal iaitu salah satu mazhab yang diiktiraf di bawah Ahli Sunah waljamaah. Gerakan ini adalah gerakan jihad untuk membersih dan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan hadis. Sebabnya pada masa itu, umat Islam di situ banyak melakukan pencemaran akidah dan penyelewengan amalan keislaman serta percaya kepada perkara khurafat dan melakukan amalan bidaah.
Perlis adalah negeri yang berpegang kepada al-Quran dan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Apa yang cuba kita buat ialah membersihkan segala amalan yang bidaah (melakukan perkara baru dalam agama yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan para tabiin).
Bagi kita di Perlis, hatta dalam ibadat pun tidak ada bidaah hasanah (baik).

MINGGUAN: Ada juga tuduhan mengatakan Datuk Seri juga adalah wahhabi? 

SHAHIDAN: Saya ingin menjelaskan bahawa saya sebagai pemimpin kecil di Perlis, dan negeri ini adalah pengikut Imam Syafii yang tulen, bukan wahhabi. Saya menjadikan buku Manhaj ć…‰qidah tulisan Imam as-Syafii sebagai rujukan. 
Malah, Perlembagaan Negeri Perlis juga menetapkan bahawa Duli Yang Mulia Raja, Menteri Besar, Penasihat Undang-undang, ahli exco, mufti, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Hakim Syarie dan Pengarah Jabatan Agama berpegang kepada pegangan Ahli Sunah waljamaah. Selepas ini, saya nak perluaskan skopnya kepada semua Jawatankuasa Bahagian UMNO Perlis. 
Perlis ialah negeri Sunah waljamaah. Rujukan kami adalah sumber asli imam-imam Ahli Sunah, al-Quran dan al-hadis. Itulah jalan nabi dan para sahabat.

MINGGUAN: Tetapi kenapa di Perlis tidak ada amalan membaca Yasin setiap malam Jumaat, tidak ada talkin, tidak ada tahlil arwah dan tidak ada qunut semasa solat subuh? 

SHAHIDAN: Sebabnya Rasulullah tidak berbuat demikian. Kalau nak baca Yasin bacalah tetapi kenapa dikhususkan malam Jumaat sahaja. Talkin yang diajar oleh Nabi Muhammad ialah talkin sebelum mati iaitu ketika orang itu sedang nazak.
Tahlil arwah pula adakah kita pasti bahawa semua yang hadir itu bacaan fatihahnya betul. Jika bacaannya salah tidakkah mereka menyedekahkan dosa kepada arwah yang berkenaan?
Demikian juga amalan berdoa beramai-ramai selepas solat. Ini tidak dilakukan oleh baginda s.a.w. Bukan maksudnya tidak boleh berdoa tetapi buatlah secara bersendirian. Lagipun dikhuatiri doa oleh imam yang dibaca secara jahar (kuat) itu boleh mengganggu jemaah lain yang masih solat. Bukankah itu lebih besar dosanya berbanding manfaat membaca doa beramai-ramai?

Islam tidak meletakkan wakil untuk kita berdoa kepada Allah sebagaimana beberapa agama lain. Setiap daripada kita disuruh memohon kepada Allah sebagaimana maksud firman-Nya, berdoalah nescaya aku perkenankan. 
Bagaimanapun, tidak pula salah jika orang itu seorang alim lagi warak. Bolehlah kita minta pertolongannya untuk sama-sama berdoa dengan kita. 
Masalah utama dalam masyarakat kita ialah budaya tokok tambah. Inilah yang berlaku selepas zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membina Kaabah. Hasil tokok tambah selepas peninggalan baginda berdua, akhirnya di kiri dan kanan Kaabah dipenuhi dengan berhala yang besar-besar. 

Malah dalam ibadat tawaf pun telah ditokok tambah iaitu bertawaf secara berbogel iaitu lelaki waktu siang dan wanita waktu malam. Tokok tambah beginilah yang merosakkan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Sebab itu kita mempertahankan yang asli. Barangan asli sepatutnya menjadi pilihan utama setiap orang. Maka kita dalam solat dan ibadat khusus yang lain sentiasa mempelajarinya secara berdalil, bukan sekadar ikut-ikutan.

MINGGUAN: Tetapi bukankah ada hadis yang menyebut ulama itu adalah pewaris Nabi (riwayat Abu Daud). Jadi sudah tentu, apa yang dilakukan oleh ulama boleh diamalkan oleh masyarakat? 

SHAHIDAN: Kita kena tengok dulu apa jenisnya ulama itu. Kalau ulama suuk (jahat) takkan kita nak ikut mereka. Adakah kita mahu mengikut Ayatollah Khomeini iaitu ulama Syiah atau yang memalsukan hadis seperti Abdullah bin Sabak?
Kalau ulama itu sentiasa bercakap baik dan sentiasa mematuhi perintah Allah dan rasul-Nya, maka barulah boleh kita mengikut mereka dan wajar diberi gelaran ulama pewaris nabi. 
Ulama pewaris nabi ialah ulama yang mengikut Rasulullah. Jika mereka mengubah ajaran baginda, mereka tidak layak digelar pewaris.Jika ulama ingin mewarisi nabi mereka mesti benar-benar mengambil apa yang diwarisi oleh baginda bukan mengada-adakan yang baru.

MINGGUAN: Kepada pihak yang terus-menerus menuduh Perlis mengamalkan wahhabi, apa nasihat Datuk Seri? 

SHAHIDAN: Kepada golongan tersebut, saya dengan rendah diri menjemput mereka bermuzakarah bagi mencari penyelesaian dalam isu ini. Perlis tidak pernah bimbang untuk bermuzakarah dengan sesiapa pun dalam bab agama.
Kalau ada undang-undang Perlis yang dikatakan menyeleweng dari al-Quran dan sunah, tunjukkan kepada saya supaya saya boleh membuangnya serta-merta. Tetapi kalau ada amalan salah yang diguna pakai di tempat lain, saya ingin betulkan. 
Cuma kalau amalan kita yang dikatakan wahhabi itu betul mengikut Ahli Sunah tidak mengapalah. Jangan semuanya dicerca.
Keilmuan di Perlis terbuka sesuai dengan prinsip negeri ini. Kita mementingkan dalil. Dalam Majlis Fatwa Negeri pun cuma ada tiga orang Perlis, Mufti Perlis sendiri adalah orang Pulau Pinang. Yang lainnya dianggotai oleh ulama dari seluruh negara.
Bagi saya orang yang ada ilmu yang digelar ulama jangan jumud dan cengih. Malah, saya juga bercadang membawa para mufti negeri lain ke Iran supaya mereka boleh melihat beberapa persamaan amalan masyarakat negeri lain dengan golongan syiah di sana. 
Jangan pula kita mengguna pakai hadis-hadis secara sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada perawi dan martabat hadis berkenaan.
Adalah cukup malang apabila ada yang menggunakan hadis tentang anak yang menziarahi kubur ibu bapa pada hari Jumaat dan membaca Yasin akan terhapuslah dosa ibu bapa tersebut dalam penulisan menerusi akhbar. Hadis ini bukan hadis daif tetapi palsu. Sepatutnya ia tidak boleh dipakai langsung sebagai hujah kepada mana-mana ibadat. 

MINGGUAN: Adakah ini bermakna menziarahi kubur juga dilarang? 

SHAHIDAN: Perlis menggalakkan orang menziarahi kubur. Tetapi mesti menurut adab yang diajar olah baginda. Perlis tidak membaca al-Quran atas kubur sebaliknya kita menyuruh berdoa dengan ikhlas. Sebabnya, Rasulullah ada bersabda, Janganlah engkau menjadikan rumah-rumah kamu seperti kubur kerana tidak dibacakan al-Quran. 
Maksudnya, Rasulullah melarang kita membaca al-Quran di kubur. Apa yang patut dibuat oleh waris terutama anak-anak di situ ialah berdoa. 


MINGGUAN:Terdapat juga cakap-cakap mengatakan Perlis menuduh mereka yang mengamalkan tahlil, talkin dan menyambut peristiwa besar seperti Maulidur Rasul sebagai bidaah. Apa komen Datuk Seri? 

SHAHIDAN: Kita tidak pernah melemparkan kata-kata sedemikian. Perlis tidak kata pun perbuatan tersebut bidaah secara membabi buta. 
Sebaliknya kita menjelaskan pandangan secara ilmiah. Kita tidak menghukum pembuat, sebaliknya hanya mempertikaikan amalan.
Tak bolehlah semua yang kurang baik itu dituduh Perlis memulakannya. Dalam masa yang sama, kita lupa ada pihak tertentu menuduh Perlis yang bukan-bukan. Mengapa mereka tidak dipertikaikan?
revolusi_30 posted on 13-10-2009 02:32 PM

Golongan mualaf juga ramai yang memilih Perlis untuk mengucap dua kalimah syahadah. Antara lain sebabnya, kita benarkan mereka mengekalkan nama asal selepas memeluk Islam. Selain itu, kita juga permudahkan urusan memeluk Islam tidak perlu goncang-goncang tangan semasa mengucap. 
Sepatutnya, negeri-negeri lain menyokong usaha dakwah oleh para pendakwah Perlis yang kadang- kadang berceramah di luar Perlis. Ini tidak, sebaliknya ada arahan oleh negeri tertentu supaya tidak dibenarkan pendakwah dari negeri ini berceramah di tempat mereka.
Jadi, apakah pendekatan yang akan diambil oleh Perlis dalam menjayakan misi ini? 

SHAHIDAN: Kita akan mengamalkan pendekatan yang lemah-lembut dan berkasih sayang sesama manusia (hablum minannas). Ini memerlukan kepada penglibatan golongan ulil-amri atau pemerintah untuk merealisasikannya.
Pada masa yang sama kita ingin membangkitkan semangat jihad di kalangan umat Islam. Lihatlah semangat yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar al-Khattab yang masih memimpin tentera berperang pada usia 76 tahun. 

Jangan Lihat Tokoh..Lihat Isinya OK...:shutup:

Talkin

TALKIN

DUA HARI YANG LALU UNTUK SAYA DUDUK DISEBELAH IMAM YANG SEDANG MEMBACA TALKIN DI KUBURAN. SETIAP BUTIR BACAAN DAPAT DIDENGAR DENGAN JELAS.
TIMBUL PELBAGAI PERSOALAN APABILA SETIAP BACAAN YANG DISAMPAIKAN JELAS SEKALI TIDAK MENEPATI SUNNAH RASULULLAH

KEPADA PARA USTAZ DAN ULAMA YANG DIBERIKAN OTORITI DALAM URUSAN MASYARAKAT ISLAM NEGARA KITA, TIDAK PERNAHKAH ANDA MENELITI ISI KANDUNGAN TALKIN YANG DIBACAKAN.

KETEPIKANLAH HUJAH BERKAITAN TALKIN ITU BIDAAH. KALAUPUN BUKAN BIDAAH, TELITILAH ISI KANDUNGAN TALKIN. JELAS SEKALI IMAM UMPAMA BERDIALOG DENGAN SIMATI, MEREPEK-REPEK.
BERIKUT RINGKASAN KANDUNGAN TALKIN YANG SAYA IKUTI SECARA LIVE, SEBELAH IMAM LAGI.(SAYA BUAT PENGISIAN LPS ASAR..)

- BERPESAN BAHAWA SIMATI TLH BERPISAH DARI DUNIA DAN KESERONOKKANNYA
- AJAR SIMATI JGN TAKUT DGN MALAIKAT YANG AKAN DATANG
- BAGI SOALAN DAN JAWABAN BOCOR LAH
- SIRAM AIR
- DAN PELBAGAI PERINGATAN LAIN KEPADA SIMATI

SAYA BUKAN NAK MEMBINCANGKAN TTG BIDAAHNYA TALKIN, TAPI NAK BUAT PUN CUBALAH PERKEMASKAN APA YANG DISAMPAIKAN, BAHAGIAN DOA TU BOLEH PAKAI, KHUTBAH DAN TAZKIRAH UNTUK SIMATI TU TAK BOLEH KE DITUJU KPD YANG HIDUP YANG BERAMAI ZIARAH TU. ITULAH TALKIN YANG DIBACA KPD ARWAH-ARWAH TOK NENEK MOYANG DULU SAMPAI SEKARANG, SUSUNAN BAHASA PUN TAK PERNAH BERUBAH,

JANGAN HANYA MELENTING BILA DIKATAKAN BIDAAH, TETAPI BERDIAM SAHAJA TERHADAP KELEMAHAN DALAM APA YANG DISAMPAIKAN. JUJURLAH DALAM MENGAKUI KESILAPAN.

BUAT SANGATLAH TALKIN, TAPI BETULKAN ISI KANDUNGANNYA.

Thursday 30 August 2012

5 SEBAB TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN JIN


1 ) MENDATANGKAN KEMUDARATAN

Kepercayaan menggunakan  jin dan syaitan akan memberikan mudarat dan akan memesongkan akidah umat Islam . Antara contoh penggunaan jin yang mendatangkan kemudaratan ialah penggunaan tangkal, menggunakan bomoh, menghantar sihir atau santau, dan banyak lagi. Perkara-perkara inilah yang  akan memesongkan akidah umat Islam dan akan menjadikan manusia sesat, jika amalan-amalan sihir dan kurafat ini tidak dibendung dan dihapuskan. Allah swt juga mengingatkan manusia bagi mereka yang meminta pertolongan jin seperti mana Firman Allah SWT dalam surah Aj-jin ayat 6 ,

“Sesungguhnya ada beberapa orang laki-laki dari kalangan manusia yang meminta perlindungan kepada laki-laki dari jin, tetapi mereka (jin) menjadikan mereka (manusia) bertambah sesat. (Aj-Jin 6)
Lebih menakutkan lagi ialah apabila Allah swt memberi amaran, azab neraka yang bakal menimpa seperti FirmanNya.

“ Dan ingatlah pada hari ketika Dia mengumpulkan mereka semua (dan Allah berfirman) “Wahai golongan jin ! Kamu telah banyak menyesatkan manusia.” Dan kawan-kawan mereka dari golongan manusia berkata ,” Ya Tuhan, kami telah saling mendapat kesenangan dan sekarang waktu yang telah Engkau tentukan buat kami telah datang. Allah berfirman “ Nerakalah tempat kamu selamanya ,kecuali jika Allah mengkehendaki yang lain, Sungguh Tuhanmu Maha Bijaksana Maha Mengetahui. (Al-An’am 128).
           
2 )  NABI MUHAMMAD S.A.W DAN PARA SAHABAT TIDAK PERNAH MEMINTA PERTOLONGAN JIN.

Dalam sirah Nabi Muhammad saw.  Dan para sahabat baginda, tidak ada satu riwayat pun yang menunjukkan, Nabi Muhammad saw. Pernah meminta pertolongan jin. Apatah lagi menggunakan jin bagi tujuan rawatan mahupun kehidupan seharian sebagai manusia biasa.

3) MELIHAT DAN MENGUASAI JIN MUKJIZAT KHUSUS PARA NABI  DAN RASUL

Manusia biasa tidak mungkin boleh melihat jin dalam bentuk yang asal, apatah lagi menguasainya maffhumNya :
 “Allah tidak memperlihatkan kepadamu hal-hal  ghaib , tetapi Allah memilih siapa yang Dia kehendaki di antara Rasul-rasulNya. (Ali Imran 179)
“Sesungguhnya ia (jin) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari  satu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” (Al A’raf 27)
“Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya, tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut.” (Al An’am 59)

4 ) TIPU DAYA JIN SANGAT LICIK

Makhluk jin, makhluk yang penuh tipu daya dan helah. Jin-jin yang menjadi pengikut syaitan akan menggunakan pelbagai cara, sama ada halusatau kasar bagi tujuan menyesatkan manusia. Firman Allah dalam surah Al A’raf
“Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”. (Al-A’raf 15-17).

Menurut Ibn Qayyim : "Jalan yang dilalui oleh manusia hanya empat; kanan, kiri, depan atau belakang. Mana-mana jalan yang dilalui, syaitan sentiasa menunggunya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan ketaatan, syaitan akan menghalangnya dan melambat-lambatkannya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan maksiat, syaitan akan mengalu-alukan dan membantunya. Kalau perlu untuk masuk dari bawah (demi menyesatkan manusia), syaitan pun akan melakukannya". 

Kisah dari Abu Hurairah r.a yang telah ditugaskan oleh Rasulullah SAW  untuk menjaga stor yang menempatkan kurma zakat. Stor tersebut telah dicerobohi oleh makhluk jin selama tiga hari berturut-turut. Setiap kali ditangkap, jin tersebut mencipta pelbagai helah dan memberikan pelbagai janji palsu. Akhirnya apabila ditangkap kali ketiga, jin tersebut meloloskan diri setelah mengajarkan Abu Hurairah satu aya yang dapat menghalangnya dari memasuki stor tersebut. (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari , hadith no 2311)

Berdasarkan hadith di atas ,ini menunjukkan makhluk jin dan syaitan mempunyai seribu helah dan tipu daya yang licik yang seringkali memperbodohkan manusia. Ia selalunya menampilkan perkara-perkara ajaib seperti lokasi barang hilang, scan penyakit, bercakap dengan jin dan membongkar isi hati pesakit.

5) BERSAHABAT DENGAN JIN ADALAH EVOLUSI MENURUN.

Penggunaan jin dalam rawatan adalah bentuk fotokopi kepada upacara menurun dalam bentuk moden. Kaedah ini sama dengan kaedah merawat menerusi resapan makhluk tersebut ke dalam tubuh perawat. Syaitan memperkenalkan kaedah terbaru , makhluk tersebut tidak lagi meresap masuk ke dalam tubuh perawat, sebaliknya mengilhamkan melalui bisikan, memperlihatkan yang ghaib serta pelbagai perkara luar biasa. Kedudukan jin menyampaikan maklumat kepada pengamal melalui bisikan atau ilham sama dengan kedudukan syaitan berusaha menyesatkan manusia. Seperti mana firman Allah SWT  dalam surah Al-An’am ayat 112  :

Firman Allah SWT : “ Dan demikianlah untuk setiap nabi Kami jadikan musuh yang terdiri dari syaitan-syaitan manusia dan jin. Sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain yang indah sebagai tipuan. Dan Kalau Tuhanmu mengkehendaki, nescaya mereka tidak akan melakukannya , maka biarkanlah mereka bersama apa (kebohongan ) yang mereka ada-adakan. (Al-An’am 112)

Dan juga Allah SWT Berfirman dalam surah Fathir ayat 6  :
Firman Allah SWT : “Sungguh, syaitan itu musuh bagimu , maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. (Fathir 6 )

Jelaslah bahawa dari huraian yang telah  dinyatakan diatas, memberi gambaran bahawa jin akan berusaha untuk menghasut manusia melakukan kejahatan dan menghalang manusia daripada melakukan kebaikan dari segenap penjuru yang ada pada manusia. Bahkan di dalam ayat al-Quran al-Karim yang lain menggambarkan bahawa syaitan akan memerangi habis-habisan untuk menyesatkan manusia dengan menggunakan keupayaan yang ada padanya.

PERDAMAIAN HUDAIBIYAH DAN KISAH ABU JANDAL DAN ABU BASIR


                        Pada tahun Hijrah yang ke enam, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya telah bertolak keMekah untuk mengerjakan Umrah. Berita mengenai Baginda s.a.w. telah sampai kepengetahuan puak Khuraish, mereka pun bersiap sedia untuk menghalang kemasukan Nabi Muhammad s.a.w Sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang berjumlah 1400 orang semuanya dengan semangat keislaman yang berkobar-kobar berazam hendak merempuh masuk keMekah walaupun perbuatan ini akan melibatkan pertempuran secara terbuka tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak bersependapat dengan mereka. Selepas berfikir sedalam-dalamnya, Baginda s.a.w. memutuskan hendak membuat perjanjian dengan pihak Khuraish serta menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh mereka seluruhnya.
                        Perjanjian yang berat sebelah ini menghampakan perasaan sabahat-sahabat Baginda s.a.w. tetapi kepatuhan dan taat setia mereka kepada Baginda s.a.w. tidak membenarkan mereka menyuarakan bantahan mereka terhadap perjanjian yang tidak adil ini. Pahlawan Islam yang seberani-beraninya seperti Umar pun terpaksa tunduk kepada keputusan yang telah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w Mengikut salah satu daripada syarat-syarat perjanjian ini orang-orang Khuraish yang menyerah diri kepada pihak orang Muslimin mesti dikembalikan kepada Khuraish sedangkan orang-orang Islam yang menyerah diri kepada pihak Khuraish tidak akan dikembalikan kepada kaum Muslimin.
                        Abu Jandal, seorang pemeluk agama Islam sedang menerima penyiksaan yang dahsyat ditangan Khuraish. Apabila ia mendengar yang Nabi Muhammad s.a.w sedang berkhemah diHudaibiah, dia pun melepaskan dirinya lalu lari ketempat perkhemahan Nabi Muhammad s.a.w pada masa Perdamaian Hudaibiah hendak ditantangai. Ayah Abu Jandal,Suhail, yang ketika itu belum lagi memeluk Islam menjadi jurucakap bagi pihak Khuraish dalam perundingan mereka dengan Nabi Muhammad s.a.w untuk merangka butir-butir Perdamaian Hudaibiah. Dia menempeleng anaknya Abu Jandal serta memaksanya balik keMekah. Oleh kerana peristiwa ini berlaku ketika Perdamaian Hudaibiah belum berkuatkuasa lagi, Nabi Muhammad s.a.w berpendapat yang perkara perlarian Abu Jandal kepihak Muslimin tidak tertakluk dibawah perjanjian itu, tetapi ayah Abu Jandal menolak hujah-hujah yang dikemukakan oleh Nabi Muhammad s.a.w
                        Penderitaan Abu Jandal ini menyayatkan hati para sahabat, tetapi apakan daya oleh kerana inginkan perdamaian Nabi Muhammad s.a.w terpaksa menyerahkannya kembali kepada pihak Khuraish sambil menyampaikan kata-kata penawar yang berikut:"Janganlah hendaknya kamu bermuram durja, wahai Abu Jandal. Allah s.w.t. sudah tentu akan membuka jalan buat kamu."
                        Selepas Perdamaian Hudaibiah ditandatangai dan selepas kepulangan Nabi Muhammad s.a.wke Madinah, seorang lagi penduduk Mekah yang beragama Islam telah melepaskan dirinya ke Madinah untuk mendapat perlindungan Nabi Muhammad s.a.w. Orang ini bernama Abu Basir. Permintaan orang yang kedua ini pun terpaksa ditolak oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana menghormati Perdamaian Hudaibiah itu.Apabila tiba dua orang wakil puak Khuraish untuk membawanya pulang, ia pun diserahkan kepada orang-orang itu, tetapi sempat  juga Nabi Muhammad s.a.w menasihatinya supaya bersabar dan mengharapkan pertolongan Allah s.w.t.
                        Dalam perjalanan ke Mekah, Abu Basir telah menggunakan helah untuk melepaskan diri. Kata Abu Basir kepada salah seorang daripada pengawal-pengawal itu:"Kawan, bagus sungguh pedang kamu itu."Setelah pedangnya dipuji demikian rupa, orang itu pun berasa bangga lalu menghunuskan pedangnya sambil berkata:"Betul kata kau. Pedang ini bagus dan aku telah mencubanya keatas beberapa orang manusia. Nah, tengoklah kalau awak hendak."
                        Sebaik sahaja pedang tiba ketangannya, Abu Basir pun membunuh orang itu. Melihat apa yang telah berlaku, pengawal yang seorang lagi cabut lari ke Madinah untuk melapurkan kejadian tadi kepada Nabi Muhammad s.a.w Sementara itu Abu Basir sendiri telah tiba dihadapan Nabi Muhammad s.a.w Katanya kepada Nabi Muhammad s.a.w"Ya Rasulullah, tuan telah kembalikan saya untuk menunaikan janji-janji tuan kepada kafir-kafir Khuraish itu, tetapi saya sendiri tidak ada apa-apa yang hendak ditunaikan. Saya tidak berjanji, Saya melepaskan diri kerana takut kalau-kalau mereka merosakkan keimanan saya"
                        Sahut Nabi Muhammad s.a.w"Kamu dengan secara tidak sedar sedang menyalakan apa peperangan. Tentu aku berasa suka kalau engkau dapat diberi pertolongan."
                        Dari kata-kata Nabi Muhammad s.a.wAbu Basir berpendapat yang dia akan diserahkan kepada kafir Mushrikin sekiranya mereka membuat rayuan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Oleh yang demikian dia pun meninggalkan Madinah lalu menuju ke sebuah tempat dipadang pasir berdekatan dengan pantai. Tidak lama kemudian Abu Jandal pun menyertainya setelah melepaskan dirinya dari puak Khuraish. Bilangan mereka telah meningkat apabila lebih banyak orang perlarian Islam yang terlepas dari puak Khuraish menyertai mereka. Ditempat persembunyian mereka ini, mereka telah menghadapi penderitaan hidup yang maha hebat tetapi oleh kerana tidak tertakluk kepada Perjanjian Hudaibiah, mereka telah mengganggu khalifah-khalifah Khuraish yang berlalu lalang berdekatan dengan tempat persembunyian mereka. Demikianlah hebatnya gangguan-gangguan yang mereka jalankan sehinggan puak Khuraish terpaksa menemui Nabi Muhammad s.a.w dan merayu kepada Nabi Muhammad s.a.w. supaya berusaha memberhentikan gangguan-gangguan itu. 
                        Mengikut cerita Abu Basir sedang menghadapi maut ditempat tidurnya apabila surat kiriman Nabi Muhammad s.a.wsampai ketangannya. Dalam surat itu Nabi Muhammad s.a.w telah membenarkan ia kembali ke Madinah. Dia meninggal sambil memegang surat yang dihantar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
                        Demikianlah kisah yang menunjukkan kekuatan iman seorang hamba Allah s.w.t. Tidak ada suatu kuasa pun dipermukaan bumi ini yang dapat merosakkan keimanan seseorang asal saja keimanan itu merupakan keimanan yang sejati. Allah s.w.t. tetap akan menolong orang yang benar-benar beriman denganNya.

Monday 27 August 2012

Kisah Perjuangan Rasulullah s.a.w untuk menyerbarkan Islam


Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. ke Taif
Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah s.w.t., Nabi Muhammad s.a.w telah menjalankan dakwah dikalangan kaumnya sendiri disekitar kota Mekah untuk memimpin dan memperbaiki keadaan hidup mereka.Segelintir manusia sahaja yang telah memeluk agama Islam ataupun yang bersimpati dengan Baginda s.a.w., yang lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang Baginda s.a.w dan pengikut-pengikutnya. Diantara mereka yang bersimpati dengan perjuangan Baginda s.a.w termasuk Abu Talib bapa saudaraBaginda s.a.w sendiri. Sungguhpun begitu Abu Talib tidak memeluk agama Islam.
                        Berikutan dengan kematian Abu Talib, pihak Khuraish berasa bebas untuk memperhebatkan gangguan dan penentangan mereka terhadap Baginda s.a.w. Di Taif, bandar yang kedua terbesar di Hijaz, terdapat Bani Thafiq suatu puak yang sangat kuat dan besar bilangan ahlinya. Nabi Muhammad s.a.w. berlepas keTaif dengan harapan ia dapat mempengaruhi kaum Bani Thafiq untuk menerima Islam dan dengan demikian memperolehi perlindungan bagi pemeluk-pemeluk agama Islam dari gangguan puak Khuraish. Baginda s.a.w juga bercita-cita hendak menjadikan Taif markas kegiatan-kegiatan dakwah Baginda s.a.w. Sebaik-baik sahaja Baginda s.a.w tiba disana, Baginda s.a.w telah mengunjungi tiga orang pemuka Bani Thafiq secara berasingan dan menyampaikan kepada mereka risalah Allah s.w.t. Bukan sahaja mereka tidak mahu menerima ajaran Allah s.w.t. bahkan enggan mendengar apa yang dikemukakan oleh Baginda s.a.w kepada mereka. Baginda s.a.w telah dilayani secara kasar dan sungguh-sungguh biadap. Kekasaran mereka sungguh bertentangan dengan semangat memuliakan dan menghormati yang telah menjadi sebahagian daripada cara hidup bangsa Arab. Dengan terus terang mereka mengatakan yang mereka tidak suka Baginda s.a.wtinggal ditempat mereka. Baginda s.a.w. berharap yang kedatanganBaginda s.a.w akan disambut dengan sopan santun, diiringi dengan kata-kata yang lemah lembut. Sebaliknya Baginda s.a.w telah dilempari dengan kata-kata yang kasar.
                        Kata seorang daripada pemuka-pemuka tadi dengan penuh ejekan: "Hoi,benarkah yang Allah s.w.t. telah melantik kamu menjadi PesuruhNya?"Kata seorang lagi sambil ketawa: "Tidak bolehkah Allah memilih manusia selain dari engkau untuk menjadi PesuruhNya?"Yang ketiga pula melempar kata-kata hina yang bunyinya demikian: "Kalau engkau benar-benar seorang Nabi, aku tidak ingin bercakap-cakap dengan engkau kerana perbuatan yang demikian akan mendatangkan bencana kepada diriku.Sebaliknya jika kamu seorang pendusta,tidak guna aku bercakap-cakap dengan engkau."
                        Dalam menghadapi penentangan yang sebegini hebat, ketabahan dan kecekalan hati yang merupakan sifat-sifat semulajadi Nabi Muhammad s.a.w. tidak menyebabkan Baginda s.a.w.berasa hampa dan gagal barang sedikit jua pun. Selepas meninggalkan  pemuka-pemuka Banu Thafiq tadi, Baginda s.a.w cuba menghampiri rakyat biasa Disini juga Baginda s.a.w menemui kegagalan. Mereka menyuruh Baginda s.a.w keluar dalam Taif. Apabila Baginda s.a.w menyedari yang usahaBaginda s.a.w tidak mendatangkan hasil yang diingini, Baginda s.a.w pun membuat keputusan hendak menginggalkan kota itu. Tetapi mereka tidak membiarkan Baginda s.a.w keluar dari Taif secara aman. Mereka melepaskan kacang-kacang hantu mereka supaya mengusik,mengejek,mengacau dan melemparinya dengan batu. Pelemparan batu yang dilakukan keatas Baginda s.a.w itu sedemikian rupa hingga badan Baginda s.a.w berdarah akibat luka-luka. Apabila Baginda s.a.w berada agak jauh dari kota Taif, Baginda s.a.w pun berdoa kepada Baginda s.a.w. yang bermaksud:
                        " Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada sesiapa Engkaumenyerahkan daku?Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredzaanMu.Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah  teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redza. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"
                         Demikianlah sedihnya doa yang dihadapi kepada Allah s.w.t. oleh Baginda s.a.w sehingga Allah s.w.t. mengutuskan Malaikat Jibrail buat menemui Baginda s.a.w. Setibanya dihadapan Nabi Muhammad s.a.w. diapun memberi salam seraya berkata:Allah s.w.t.. mengetahui apa yang telah berlaku diantara kamu dan orang-orang ini. Allah s.w.t. telah menyediakan malaikat digunung ganang disini khas untuk menjalankan sebarang perintah kamu."
                        Sambil berkata demikian Jibrail menghadapkan malaikat itu dimuka Baginda s.a.w Kata Malaikat ini:"Wahai Rasulullah, saya bersiap sedia untuk menjalankan perintah Tuan. Kalau dikehendaki, saya sanggup menyebabkan gunung-gunung disebelah menyebelah kota ini berlanggaran sehingga penduduk-penduduk dikedua-dua belah mati tertindih. Kalau tidak, Tuan cadangkan apa saja hukuman yang selayaknya diterima oleh orang-orang ini."
                        Mendengar janji-janji Malaikat itu, Nabi Muhammad s.a.w. yang penuh dengan sifat rahim dan belas kasihan pun berkata:"Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah s.w.t., yang anak-anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan berbakti kepadaNya."
                        Sekarang perhatikanlah tauladan mulia dan suci murni yang telah dipertunjukkan oleh Baginda s.a.w. Kita semua mengakui yang kita menjadi pengikut-pengikutNya, tetapi dalam urusan hidup kita sehari-sehari,apabila cadangan kita ditolak atau tidak dipersetujui maka kita dengan lekasnya melemparkan maki hamun dan terkadang-kadang bercita-cita hendak membalas dendam terhadap mereka yang tidak bersetuju dengan kita.Sebagai pengikut-pengikutnya kita hendahlah mencontohi Baginda s.a.w. Selepas menerima penghinaa ditangan penduduk-penduduk Kota Taif, Baginda s.a.w hanya berdoa. Baginda s.a.w. tidak memarahi mereka,tidak mengutuk mereka dan tidak mengambil sebarang tindakan balas walaupun diberi kesempatan sebaik-baiknya untuk membuat demikian.