Thursday 16 August 2012

Pengenalan TAPEDIRI MALAYSIA 65


TAPEDIRI MALAYSIA 65
(TAQWA,PERTAHANAN DIRI & RAWATAN ISLAM)

MUQADDIMAH

          Segala puji bagi Allah s.w.t. Pemilik sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarganya, para-para sahabatnya dan seluruh umat Islam yang mengikuti dan melaksanakan ajarannya dengan ikhlas sehingga ke hari kiamat.
          Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t yang memberi rahmat dan keizinan-Nya untuk membukukan amalan-amalan yang dilaksanakan dalam jemaah Tapediri Malaysia 65 secara lebih mudah dan teratur serta menerangkan kepada anda diluar sana untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang ilmu ini.
          Amalan-amalan yang disusun mengikut tahap-tahap yang ditetapkan yagn dinamakan sebagai 'Pegisian Satu','Ranting Satu' adalah amalan tahap asas, yang mengandungi bacaan-bacaan benteng diri. Tahap kedua dinamakan sebagai 'Pengisian Dua' dan 'Ranting Dua' pula mengandungi sebahagian besar daripada bacaan-bacaan yang khusus digunakan bagi tujuan rawatan atau perubatan.
          Amalan dan bacaan yang disusun ini bukan sahaja untuk diamalkan oleh jemaah Tapediri malah ia amat sesuai untuk semua golongan masyarakat Muslim. Ia merupakan amalan yang boleh disifatkan sebagai pakej lengkap meliputi aspek ibadah, ketaatan pada Allah s.w.t.,Pertahanan Diri dan Rawatan Islam. Saya turut memuatkan petikan 'Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w.', Tafsir ringkas terhadap Surah Al-Maidah ayat 11 beserta Asbabun Nuzul ayat tersebut yang merupakan hujah kepada kaedah pertahan diri dalam ilmu ini serta petikan 'Dialog Rasulullah s.a.w. dengan Iblis' sebagai rujukan dan peringatan penting buat semua.
          Sayugia diingatkan setiap tahap amalan ini perlu 'diijazahkan' oleh guru-guru yang berkenaan bagi mendapat keberkesanan yang sebenar. Sebarang penyalinan atau fotokopi adalah tidak dibenarkan sama sekali.
          Akhir kalam, besarlah harapan agar setiap amalan ini dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan agar Allah s.w.t menitipkan cahaya iman pada hati kita seterusnya mendapat petunjuk dan hidayahNya hingga ke akhir hayat.

Petikan dari TGPUTM TAPEDIRI MALAYSIA.








No comments:

Post a Comment