Tuesday 21 August 2012

Tapediri & Perkembangan

          PERKENALAN DAN ASAL USUL TAPEDIRI DI WUJUDKAN

          Tapediri 65 diasaskan pada 1 Rejab 1430H oleh Tuan Haji Rahmat bin Haji Abd Razak di Seremban, Negeri Sembilan. Rasa tanggungjawab dan desakan untuk membawa perubahan bersandarkan kehendak agama adalah antara faktor utama membawa kepada lahirnya Tapediri. Tuan Haji Rahmat merasa terpanggil untuk mencari wadah penyelesaian dan jalan keluar terhadap pelbagai kecelaruan dalan jemaah yang dipimpin beliau sebelum ini. Beliau merupakan seorang pemimpin yang bergelar Ayahanda (Khalifah) di dalam satu pertubuhan yang bergiat aktif dalam Malaysia. Belia juga merupakan Timbalan Pengerusi Gabungan Ayahanda Negeri Sembilan. Setelah mendapati matlamat pertubuhan tersebut sudah mula tersasar. 'Amar Makruf Nahi Mungkar' yang dilaungkan sekadar tinggal slogan sebaliknya persepsi ramai terhadap pertubuhan ini adalah keganasan, gangterisme dan tindak tanduk yang tidak mencerminkan matlamat pertubuhan itu sendiri. Tidak ada lagi kesungguhan dalam melaksanakan amanah Allah dan RasulNya. Justeru itu beliau merasakan perlu ada satu wadah dan kaedah yang sesuai untuk merawat kerasukan anak-anak muda khususnya yang ghairah untuk mencari 'ilmu kuat' dan menonjolkan kehebatan diri yang tersasar jauh dari syariat Islam. Pencarian beliau berkaitan ilmu pertahanan diri telah membawa beliau ke merata tempat di dalam negara malah sehingga ke Indonesia. Setiap ilmu yang dikutip dinilai terlebih dahulu agar ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Dalam masa yang sama beliau juga telah meneroka luas alam perubatan Islam. Hasilnya kombinasi ilmu pertahanan diri dan rawatan Islam ini dinamakan TAPEDIRI 65.

MAKSUD TAPEDIRI 65

          'TA' merujuk kepada TAQWA, 'PEDI' bermaksud PERTAHANAN DIRI manakala 'RI' adalah RAWATAN ISLAM. Manakala no.6 melambangkan rukun Iman dan no.5 melambangkan rukun Islam yang menjadi pegangan orang mukmin. pelbagai bacaan dan amalan yang disusun mengikut tahap-tahap tertentu menjadikan TAPEDIRI sebagai pakej lengkap dari segi ibadah dan ketaatan, pertahanan dan rawatan.
          Setelah tertubuhnya Tapediri pada Jun 2009, usaha gigih Tuan Haji Rahmat yang bergelar Ayahanda Guru Panglima Utama menyeru 'golongan-golongan kuat' untuk mendekati Islam. Dengan pakej lengkap yang ditawarkan, usaha beliau mula mendapat perhatian dan sambutan. Hasil dari syariat yang ditetapkan dalam ilmu ini, secara beransur-ansur, semakin ramai 'golongan kuat' yang mula menundukkan diri pada perintah Ilahi. Walau dengan latar belakang yang selama ini menongkah perintah agama, menyongsong kehendak nafsu, perubahan yang terhasil amat mengkagumkan. Berkat kesungguhan dalam menjalankan tarbiyah dan talbiyah secara berterusan, akhlak, teladan dan kepimpinan Ayahanda Tuan Haji Rahmat, anak-anak pimpinannya berubah bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada ahli keluarga dan lebih ramai lagi dari sahabat-sahabat.
          Junjugan besar Nabi Muhammad s.a.w telah mengajar kita pelbagai metod dakwah yang sesuai dengan hidup sasar. Kita perhatikan dengan perjalanan dakwah dewasa ini, ada kelompok masyarakat yang didekati secara kuliah di masjid-masjid, ada juga yang bergerak melalui dakwah kepada individu, maka Tapediri 65 mengambil pendekatan yang mampu mendekati kelompok masyarakat yang terjebak dengan pelbagai kekusutan pemikiran, gaya hidup dan pegangan. Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan mendapat petunjuk dan rahmat Allah serta disandarkan segala harapan agar diberi kekuatan untuk menongkah arus ganas akhir zaman..

10 comments:

  1. mohon share maklumat tapediri ini untuk tatapan blog saya...long zakaria tapediri seutara
    http://shamdanella.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Tapediri ni mmg bagus..semoga diberkati & dirahmati Allah serta dipermudahkan segala urusan..amin

    ReplyDelete
  3. Salam Encik Saat Ismail..
    Sye Mohammad Akmal Nak tnye Tapediri 65 ni dekat mane ye??
    Dan Harga Pendaftarannye brape??

    Sye Mohammad AKmal Sermban 12 thun

    Minta Tolong reply ye ENCIK SAAT ISMAIL

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. salam.
    saya muhamad fikrinak bertanya macam mane saya nk pelajari tapediri ni...

    ReplyDelete
  5. Masya Allah..sebelum dan sesudah dapat aku rasakan perbezaan Nya..syukur

    ReplyDelete
  6. bagi siapa yang berminat boleh wasap sy. wasap.my/60167947016 atau 0167947016

    ReplyDelete
  7. dimana pusat rawatan tapediri?

    ReplyDelete
  8. Ba tha mim bertukar ke nama baru ?
    Di mana tempat rawatan dekat kelantan?

    ReplyDelete